Pages

Wednesday, February 16, 2011

THE SWEET BORN oF NUR AQILAH ZULAIKHA BT MOHD KAMARUL RASHDAN

NUR AQILAH ZULAIKHA BINTI MOHD KAMARUL RASHDAN
Kedatanganmu Dinanti semua. Saat tangismu amat bermakna bila kau mula melihat dunia. Kelahiranmu bagai hadiah berharga buat kami.. Tak sabar menunggu tatkala kamu membesar, melihat petahmu berbicara. Andai ada kasih di dunia, segalanya akan kami curahkan buat mu sahaja..


Kelahiranmu di nanti mama dan papa setiap masa, bagai menunggu khabar yang gembira. Walaupun lambat lahirmu kedunia, tetap kami nanti tanpa berputus asa.


PERMATA HATI MAMA & PAPA
CINTA & KASIH MAMA, PAPA HANYA BUATMU
9 Februari 2011, Hari bahagia buat mama dan papa, melihat kamu lahir kedunia, walaupun pelbagai dugaan menimpa, kamulah permata mereka. 

'Tok Pa' gembira tak terkata bila papa menyampaikan berita  lahirnya Nur Aqilah Zulaikha di dunia. Mak Long, Mak su & Cik Yune apa kurangnya, tersenyum teruja mendengar berita.

'TOK PA WITH HIS GRANDAUGHTER
LENA MU DIBUAI MIMPI DALAM DAKAPAN YANG TERSAYANG
2ND GRANDAUGHTER FOR TOK PA

Borang di capai nak apply cuti,  nak tgk Aqilah jauh Di Pasir Mas sana. Walaupun perjalanan memakan masa, rasa teruja melenyapkan segalanya. Saat tiba di Sana terus kami jengah melihat mu yang lena di pelukan ibu mu.. Sungguh manis wajahmu, bagai mutiara . Sayang padamu tiada tandingannya tapi Bartrisyia x pernah kami Lupa.







Dulu seorang kini dah dua, semoga keluarga ini akan menjadi lebih bahagia. . Sayang Mak su pada kalian tiada batasannya buat anak buahku NURUL ADRIANNA BATRISYIA & NUR AQILAH ZULAIKHA.. Sayang kalian berdua sehingga hujung nyawa.


Jadilah kalian wanita yang solehah bila besar kelak, dan jadilah  insan yang berguna yang dapat mendoakan ibu dan ayah serta mama dan papa di hari tua nanti. Hanya kalian lah harta mereka.Hanya kalianlah dapat membantu mereka bila dewasa nanti.

3 comments:

yunna_shyda said...

cik yune pun sayang anak2 kecil ini..huhu..neway..bermadah betul bos niwh!! hehe..rasa mcm baca buku literiture plak..hahahaha

Unknown said...

heheheheh.. tuh tgh ada mood lah tuh.. kalo x jngn harap dia nak buat mcm tuh... tuh lah, benda nih lah akan menjadi kenangan pada kita 10 tahun akan datng. pasti dia akan menjadi sesuatu yang sangat manis bile kiter melihatnya semula 10 tahun nnt kan??

Hawa Suib said...

anak buah yer..comey...
anak hang bila lg ....cepat2 lew.... ;)