Haloo !!!
Waahh berehat panjang uols.. almost 3 years berehat daripada blog nih (^_^)"
Daripada Single--->kahwin--->sampai dah ada Anak sorang haa,,, Baru ada mood nak menconteng semula, itupun sebab tajuk kat atas tuh..
Since dah jadi mak-mak nih citer pun nak citer-citer mak-mak lah kan... so back to the story. Kiter tak jual tau, just nak share jer.
Hari tuh my baby kena serangan virus batuk yang berpanjangan nearly 2 month jugaklah . Sampai dah taktau nak buat lagu mana lagi. Ubat untuk baby bawah 2 tahun dah lah takde so harapkan pada cara traditional. Most of it dah try but still TAK JALAN..
Tapi, baru-baru nih, dengan batuk yang belum surut, demam pula yang datang melanda dengan hebatnya, 41'C uolss.. Butang mata Mak Ayah ngadap doktor. Disebabkan demam seminggu dengan batuk yang tak berkesudahan tuh, kiter pun bawaklah anak ke tempat kerja. Jumpa sorang kakak nih, dia suruh kiter try produk Baby Herbal Cream -TROPIKA nih.*sebelum nih dah dengar produk nih tapi ajet-ajet baguih takmo beli*
So apalagi malam tuh jugak ajak husband. Moh Deraih kite pi carik.. Carik punya carik, alhamdulillah jumpa dengan harga yang sangat Munasabah dan cheap Sale !!! heheh *suka kite*
Malam tuh terus sapu kat anak. Depan & belakang, taruk lah kat kaki & sendi2 sikit. Dan dengan Izin Allah after 2days all the virus gone Away !!! yeaay !! again *Mak & Ayah happy* 2 Bulan VS 2 Hari.. Haaaa kau Rasa????
So moral of the story just nak bagi tahu bahawa cream nih sangat serasi & mujarab for our baby & sangat recommended to those have a baby. Cream nih boleh start since day 1 lagi for baby so jangan takut lah.. inshaAllah tidak membahayakan tapi just kena Yakin lah bahawa Kuasa Allah itu lebih hebat, lepas sapu doa lah banyak2 supaya anak disembuhkan dengan izinnya dan dijauhkan dari sebarang penyakit.. InshaAllah (^_^)
Sedikit info berkaitan produk :-
Harga Tak mahal Okey !
Harga Pasaran RM39.90 rasenya...
Kite Beli RM 30.00 jer
...Alhamdulillah..
So untuk yang bergelar Parents, apa tunggu dok termenung depan nih ! moh le pi carik sebotol dua untuk anak kesayangan kiter !!!!! sementara stok masih ada...
*Nota : KITE TAK JUAL TAU... Kiter Share ajer,,,
Thursday, August 4, 2016
Tuesday, October 29, 2013
SALAH SATU CARA MUDAH UNTUK MENDAPATKAN PAHALA
Lakukan perkara ini setiap hari, insyaAllah dapat membantu menambahkan ibadah kita di
dunia dan Akhirat!
Thursday, October 24, 2013
Tanda Putera
Semalam telah diadakan satu Tayangan Perdana "Tanda Putera" anjuran bersama antara beberapa agensi yang terlibat. Kami tidak terkecuali untuk turut serta dalam program ini, walaupun pada permulaannya tak terlibat pun, but due to certain reason ( yeah.... clishe nih clishe..) i've been called to be the emcee for the day.. lucky me.. -thanks lah yer pada yang berkenaan..
Ini adalah merupakan satu program yang sangat baik dan bermanfaat bagi merakyatkan tayangan filem-filem yang berunsurkan sejarah serta memaparkan kisah-kisah benar yang berlaku semasa zaman - zaman kebangkitan Negara selepas berlakunya peristiwa hitam 13 mei 1969..
Kita sebagai Anak Muda patut berasa bangga kerana dipaparkan cerita-cerita begini kerana setidak-tidaknya kita tahu apa yang pemimpin-pemimpin kita lakukan dahulu bagi membangkitkan sebuah Negara yang diberi nama "MALAYSIA"
Kita hanya tahu melaungkan "Tanah Tumpahnya Darahku", tapi kita tidak pernah sedar akan setiap pengorbanan dan susah payah seorang pemimpin itu untuk membangunkan dan menjaga sesebuah Negara.
Melalui tayangan ini, sedikit sebanyak dapat menunjukkan kepada kita bahawa, "mereka" sangat berusaha keras dengan meletakkan negara sebagai prioriti dan kesihatan di tangga ke bawah.. adakah kita sanggup lakukan seperti apa yang mereka lakukan???
Tanya diri sendiri.. sejauh mana kita mampu berbuat demikian. Hanya dengan bercakap?, melaungkan suara dengan lantang?? atau bagaimana? But at least kalo kita tak mampu buat seperti mereka, tapi ambil lah tahu apa yang mereka dah lakukan untuk kita untuk menjadikan negara kita aman merdeka, maju dan berjaya seperti hari ni.. Biasalah kelemahan sini sana pasti ada.. Negara mana yang kepimpinannya sempurna?? pasti ada cacat celanya, sbb ia ditadbir oleh manusia juga. Jadi the best way is, kita bantu dan bukan lagi mejatuhkan.. Yang salah tetap salah, tapi the way kita menghukum itu perlu diperbaiki..
So till then, siapa yang belum tonton citer nih, pi lah cari kat mana-mana yang patut, pi tengok sat.. nampak macam boring, sebab sejarah kan.. u know lah .. people.. ahahah.... tapi i tell you , its worth to be watched !!!
So enjoyed ! & Have a nice day everyone!
And last but not least!!! ----------->>>>
![]() |
| Me with zizan Nin !!! HAhahaha ^-^ |
Wednesday, October 23, 2013
OVER PROTECTIVE !!
Hello Readers..!!
Thanks for your time... Entry kali nih kita nak borak-borak pasal over protective!! Dari segi apa plak nih kan ???
Alah takde benda sangat pun, just another story about my self while i'm driving.. im having a problem with driving!! Argghhhhhh !!!! stressnya... *agak-agak takut tak nak naik keta dengan saya..keh keh keh??* angkat-angkat kening sikit! try me lah !! (Gelak Jahat)
Kisahnya gini, kalo aku diberi peluang menjadi pemandu bagi mana-mana keta skali pun, aku mesti ada satu tabiat yang tak boleh dielakkan.. tak kisah lah yang duduk sebelah aku tuh laki ker pompuan ker.. Lantaklah, pasti diaorg akan menjadi mangsa over protective aku.. HAHAHA ! *rasanya all my friend yang naik skali ngan aku sure tahu kot*
Aku nih kalo dah bawak keta, tetiba kena emergency break or ada lubang ker , secara automatik tangan belah kiri nih akan bergerak dengan pantasnya pegang orang sebelah. HaHaHa! kira mcm nih lah.. !
![]() |
| I'll Safe you!!! Dont Worry!! |
Mau tak terkejut diorgkan??? .. kenkadang tuuh siap gengam tangan diorg kuat2 sbb takut terjadi apa2.. Dah kira mcm "panicking syndrome" for me lah..Tapi sebenarnya korang mesti rasa disayangi kan ? kan? kan? takyah nak malu sangat lah ! ngaku jer.. heheh...
I tot it only me yang suka buat mcm tuh, but actually bila dipikir2 kan balik.... it was started from my brotha!!! dia kalo bawak keta lagi lah.. kita dok sedap layan lagu, tetiba kang.. ada keta depan berhenti & dia ter emergency break, terus dihalanya tangan ke arah kita kat sebelah.. Eh??? ! dah kenapa?? mestilah kita terkejut kan.. but he said!! "tak sengaja dah terbiasa, sbb Aqilah!!" So since that.. i set in my mind..(kalo ada aqilah dlm keta, tangan mesti kena buat mcm tuh jugak)So kalo break emergency gunakan original seatbealt dan selamatkan org sebelah..!!! Sampailah sekarang dah jadi mcm habit!!! so anytime it happen, jadi macam malu plak sbb tetiba kang terpegang kawan sebelah.. luckly most of my friend are girl.. kalo tak mau laki suka kan!! haaaaaaaa!
So am i over protective??? Yes i am.. because i always love people around me.. they are my friends n my beautiful families!! Kerana mereka kita belajar sesuatu, kerana mereka juga kita jadi apa yang kita jadi hari nih... So we should protect them and appriciate them while they are with us.. ! lets do something better everybody !! InsyaAllah ganjarannya pasti milik kita jua...
Chaowz!
Subscribe to:
Posts (Atom)




