Assalamualaikum,
hari niwh dah masuk minggu yang ketiga aku mulakan fasa baru ku di port dickson.. Permulaan agak sukar untuk diterima perjalanan hidupku yang baru iniwh, pelbagai onak dan ranjau harus ku lalui, bukan mudah untuk memulakan hidup yang baru di tempat baru, lagi2 bila hati tak dapat menerimanyer..
Perjalanan yang getir, aku tempuhi dengan duka dan tangisan selama 2 minggu, tp keadaan mula semakin stabil dari hari ke sehari.. Payah dirasa hanya diri yang tahu, pelbagai tomahan, amarah yang dilemparkan ditanggung sendirian... hidup penuh cabaran, beronak duri ku tempuh sendirian. Pencarian seperti explorace ku tempoh sendiri, ku langgar onak, ku langgar duri, tebalkan muka dan hati, demi menemui satu fasa yang terkini..
perkenalan kepada rakan yang baru, amat menyenangkan. tapi kesunyian tetap dirasa dilubuk hati, bila di dalam satu kotak terduduknyer aku tanpa teman bualan.. tidak tahan menahan kesunyian ku pecahkan benteng itu, ku beranikan diri kehadapan, menghadap mereka yang lain, ku mula bicara. tapi bila petang menjelma ku sunyi semula, mulut terkunci seribu bahasa...
Adakah ini akan berterusan? ku harapkan tidak, tidak mahu idup dibelenggu sunyi.. terima kasih pada teman yang setia, adikku Nurul Syahida yang sentiasa di sisi dalam waktu ku payah dan senang, pengorbanan yang tak berbelah bagi, kasih sayang di curah tanpa batas, membuka mataku dengan sejelas2nyer, dia lah selama ini yang menjadi teman dan suri idupku, dia lah penggantinyer...
Seketika waktu ku berasa gembira, tapi sampai bila pengorbanan ini mampu dilakukannyer? itu juga hanya Allah yang tahu. keheningan laut meneman ku di kala tekanan melanda, hijau pohon menjadi teman ku pulang ke syurga impian, hanya mereka yang sudi menemani ku di kala aku memerlukan, rahsia hati tiada siapa yang tahu, bukan dari luaran ku sakit, tapi dalaman ku berdarah luka tak terkata. inikah ujian yang ku terima? aku menerimanyer dengan tabah, tiada siapa yang idupnyer mudah dan senang sentiasa, tidak mudah mendaki gunung yang tinggi untuk mencapai kejayaan puncak, begitulah ibarat ujian yang diberikan kepada ku, ia mengajarku menjadi matang, menjadi dewasa, beralaskan ujian yang diberikannyer. aku bersyukur atas ujiannya...
Pedih hati ibu, nenek, atuk, ku tanggung dalam diam, hendak diam seribu bahasa, itu bukan aku. Ada perjuangan yang perlu diselesaikan. akan ku selesaikan di sini, akan ku buktikan, ini bukan titik nokhtahku. perjalanku di bukit itu masih jauh, kini ku berdiri hanya di akarnyer, sangat jauh untukku berhenti, belum sempat peluhku menitis, xkan ini akhirannyer? bukan., itu bukan aku. Tunggulah kejayaan ku dengan kesabaran dan kegembiraan. akan ku bahagiakan suma keluarga ku, akan ku banggakan mereka, akaknku bawa pulang sijil2 indah untuk mereka. tapi berilah diriku ini masa untuk menyiapkan diri ku untuk sumanye. bagilah diriku tali yang dapat mnyokongku agar dapat ku mencapai impian kita...
Jangan dipaksa hati yang lemah, jangan diketuk pintu yang terluka.. Rawatlah ia menjadi kuat dan bertenaga semoga suatu hari nanti akan jadi penawar segala duka. Perjalananku adalah untuk suma, bukan untukku tanpa kalian.. satu harapan dan tujuan untuk satu kebahagian yang dinikmati suma insan yang tersayang. Bagilah diri ini secebis peluang dan ruang mengenali dunia yang serba luas ini, tanpa siasatan, tanpa cabaran tak bermakna setiap kejayaan. ilham kasih seorang insan idup mencari satu pencarian yang kekal abadi dari akar umbi.